Alhamduliah, syukur kepada allah kerana hari ini adalah hari yang ke 13 bulan Ramadhan. Semoga saya doakan setiap umat Islam di dunia ini mendapat ganjaran yang tinggi di sisi Allah s.w.t. Amin ya rabal allamin. Terdapat berberapa perkara yang berlaku pada bulan yang penuh barakah ini. Di antaranya ialah lawatan di rumah pertapis perempuan di mana saya dan rakan cca nurhayat saya telah mengadakan iftar di sana. Satu perkara lagi ialah saya telah mengada iftar bersama rakan2 di sekolah menegah saya.
Lawatan pertapis perempuan adalah suatu pengalaman yang tidak dapat saya lupakan hingga ke hari ini. Kami bertemu ramah dengan semua penduduk di situ. Kami telah menggajar mereka banyak permainan di samping menyemaikan rasa cinta kepada bahasa ibunda kita. Saya di tugaskan untuk memetik gambar sebagai kenangan kami di sana. Saya berasa terharu apabila melihat mereka tertawa antara sesama sendiri. Saya selalu bayangkan apabila berada di tempat mereka. Tiada kebebasan. Tidak mendapat kasih sayang keluarga kerana jarang bertemu dengan mereka.Tentunya saya akan berasa pilu kerana tidak dapat menjalani kehidupan yang normal seperti remaja2 yang lain.
Selain itu, saya berasa gembira kerana hubungan saya dengan kelab nurhayat semakin rapat. Saya rasa seolah-olah diri saya ini diterima oleh mereka. Banyak juga yang telah add saya di facebook :) Terima kasih kawan tercinta! Seperkara lagi, saya tidak tahu jika tekaan saya ini betul tapi saya tidak boleh nafikan bahawa ada rakan2 saya di Nurhayat terutama sekali teman lelaki, mereka semua kacak2 belaka. Saya tidak tahu kenapa, mungkin bukan dari segi fizikal, wajahnya atau luaran, ianya mungkin disebabkan oleh ahklak mereka serta keperibadian mereka yang murni. Itu yang membuat saya kadang-kadang tertarik dengan mereka. Di antara yang saya maksudkan ini ialah Hairul, Md. Akid dan Noorendi. Saya harap diakhir pengajian saya di polytechnic nanti, saya dapat mengenali mereka dengan lebih dalam lagi. Insyallah...
Iftar bersama rakan2 menegah saya pula telah bertempat di 18 chef di Yishun. Pada mulanya saya telah menyarankan untuk berbuka di Seoul Garden sahaja kerana ianya lebih dekat. Namun, harganya agak mahal dan ramai di antara kami, termasuklah saya, tidak mempunyai wang yang mencukupi. Di 18 chef, walaupun agak jauh sedikit, harga lebih murah dan berpatutan jika dibandingkan dengan Seoul Garden. Hehe... (shahidah is a betrayal to SG) Lapan di antara kami yang hadir. Saya,Filza,Yaqinah,Sakinah,Wali, Deeshraf, Zaim, Tafsir, Syamsul dan Yu Ming. Kami borak tentang course yang kami ceburi. Filza dan deeshraf pula selalu membuat suasana ceria dengan gelak ketawa mereka. Bagai tak kering gusi dibuatnya! hehe...sungguh seronok sekali apabila bersama mereka.
Saya masih lagi menunngu iftar bersama rakan2 seoul garden. Sayangnya mereka masih belum plan lagi hingga ke hari ini. Mungkin mereka sedang menunggu Hazri menggambil cuti kerja. Moga2 ada iftar lah ye rakan2. Saya rindu... (infinity) banget sama kalian semua, terutama sekali Hazri. Jangan bimbang kawanku. Ku tetap akan kenangkan saat bahagia kita bersama dan ku akan doakan supaya kamu semua sering bahagia disamping orang yang tersayang. Amin...amin...amin.
Saya berharap segala yang berlaku pada bulan Ramadhan ini ada hikmah di sebaliknya. Amin :) Selamat menjalani ibadah puasa ye kawan-kawanku yang tersayang. :D